Tampilkan postingan dengan label sebab. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sebab. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 08 Maret 2014
Pesawat Ini Tidak Boleh Terbang Sebab Semua Penumpang Gemuk
7 Mac 2013 catatan idahsalam
Kerana seluruh penumpang pesawat berbadan gemuk membuat pesawat ini tidak boleh terbang kerana lebih muatan maksimum yang diangkut pesawat.
Setidaknya pesawat easyJet kelebihan beban 300 kg, hal ini membuat pesawat kesulitan untuk terbang dan bila pilot tetap menerbangkan pesawat boleh saja pesawat ini akan mengalami kecelakaan penerbangan.
Agar pesawat tetap boleh terbang akhirnya pilot meminta beberapa penumpang pesawat yang memiliki badan gemuk untuk turun. Tentunya pilot akan membayar mereka dengan wang 100 Poundsterling, walau pun ditawarkan wang 100 Poundsterling, para penumpang pesawat tidak ada yang mau turun, mereka mau turun jika wang ganti rugi yang diberikan sebesar 200 Poundsterling per Orang.
Agar penerbangan tetap berjalan maka petugas maskapai berusaha mengumpulkan uang dengan mengelilingi kabin hingga jumlahnya cukup agar empat pria mau turun. Sejumlah penumpang juga ikut membantu mengeluarkan uang dari sakunya.
Akhirnya 4 orang penumpang berbadan gemuk mau turun mereka dipindahkan ke Birmingham dan menempatkan pada penerbangan ke Geneva yang tiba di London pada pukul 14.30 waktu setempat.
Sementara itu, easyJet mengatakan dalam sebuah pernyataan: “easyJet dapat mengkonfirmasi bahwa penerbangan EZY7279 dari Liverpool – Geneva melebihi batas aturan berat badan karena proporsi yang sangat tinggi dari penumpang laki-laki dan kelebihan bagasi”.
“Relawan diminta untuk turun dan easyJet menawarkan biaya kompensasi 100 Poundsterling dan penerbangan alternatif. Empat relawan datang dan penerbangan tak lama kemudian berangkat”.
“Sejauh ini kami tidak membuat aturan lain di antara penumpang. easyJet mempunya kebijakan untuk menangani situasi ini. Sehingga penumpang tidak perlu mengambil tindakan semacam itu”.
Selasa, 17 Desember 2013
Punca Ali Rustam Tewas Sebab Cina Tak Kenang Budi
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.
“Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.
“Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini.
Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi.
Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga.
BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (Dun), kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12.
Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu menggantikan beliau dalam masa terdekat.
Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata “biar masa menentukannya”. SUMBER
Langganan:
Postingan (Atom)