Jumat, 31 Januari 2014

UMNO Tubuh Unit Khas Untuk Memfitnah Pemimpin PR Kadir Sheikh Fadzir


  src="http://static.ak.fbnet/connect.php/js/FB.Share" type
Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa kerajaan Umno-BN mewujudkan sebuah unit khas untuk menlancarkan fitnah terhadap pemimpin pembangkang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 6,000 orang di Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor, di Stadium Kuala Selangor malam tadi.

“Mereka dah wujudkan unit khas cipta fitnah.

“Buat fitnah, fitnah, fitnah, tetapi bila keluarkan kenyataan menerangkan keadaan sebenar untuk menafikan dakwaan tersebut, tak terbit, terus dok panjangkan fitnah itu lagi,” kata Abdul Kadir.

Beliau yang juga bekas menteri Kerajaan Pusat turut menceritakan bagaimana kerajaan sekarang memaksa rakyat mengisi borang keahlian Umno sebelum boleh memohon pelbagai peruntukan dan kemudahan yang sepatutnya menjadi hak rakyat.

“Ente lapar ya? Saya ada pinggan cantik, nasi dengan lauk yang sedap-sedap.

“Kalau Ente mahu, Ente kena merangkak ke mari dan ‘tabik’ saya dahulu, kemudian barulah saya beri nasi Ente,” kata Abdul Kadir apabila menggambarkan kesombongan Umno tatkala menghulurkan ‘bantuan’ kepada rakyat.

Beliau turut melahirkan rasa hormat dan kagum dengan pendirian ahli PAS yang tetap mempertahankan maruah mereka walaupun menerima tekanan hebat dari parti korup yang mentadbir negara selama 54 tahun itu.

“Sebab itulah saya tabik kepada ahli PAS kerana walaupun hidup susah, nak mohon peruntukan bantuan kerajaan tak boleh, tetapi tak gadai maruah mereka untuk mendapatkan ‘nasi’ itu,” katanya lagi.

Sebelum ini, sudah diketahui umum bahawa beberapa agensi kerajaan mengenakan ‘syarat tambahan’ tatkala memohon sebarang peruntukan dan bantuan yang disediakan kerajaan untuk rakyat.

Antara ‘syarat tambahan’ tersebut, pemohon tersebut diwajibkan menjadi ahli Umno atau dikehendaki mengisi borang keahlian Umno sekiranya masih belum berbuat demikian.

Antara agensi yang kerap diperkatakan di kalangan masyarakat umum negara ini adalah agensi yang terlibat dengan permohonan Pinjaman Tekun, permohonan rumah kos rendah, pinjaman pelajaran dari agensi kerajaan, permohonan tanah rancangan Felda serta Felcra dan beberapa yang lain.

Selain Abdul Kadir, turut menyampaikan ucapannya malam tadi, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Exco Kanan Selangor, Teresa Kok dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Selangor, Iskandar Abd Samad.

Selain itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat turut menyampaikan amanatnya melalui tayangan video.

Dalam amanat Nik Aziz, beliau menyeru semua golongan masyarakat khususnya ahli-ahli PAS agar bersedia untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang dianggapnya sebagai merosakan perpaduan penduduk negara ini.

Perhimpunan malam tadi turut dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy, basikal dan ketuhar gelombang mikro. -selangorku
KELAB GREENBOC
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Mau Download Twit atau Like Facebook Dulu

bagaimana membuat orang agar kalau Mau Download Twit atau Like Dulu ya di http://www.paywithatweet.com/sell.php.

jadi nanti orang kalau mau download musti twitterkan dulu atau masukan ke facebook dulu lalu kita redirect ke halaman download kita. Josh
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Dinoda Dalam Keadaan Tidak Sedarkan Diri


Dinoda Dalam Keadaan Tidak Sedarkan Diri
Dinoda Dalam Keadaan Tidak Sedarkan Diri - Seorang wanita menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah pergi mengambil bekas alat tulis miliknya yang tertinggal di tempatnya berkursus di Bukit Kiara, Sabtu lalu.
Wanita terbabit dikatakan baru selesai mengadakan perbincangan dengan rakannya dan pulang ke bilik sebelum mendapati bekas alat tulisnya tertinggal lalu pergi mendapatkannya.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 22 tahun menyedari dirinya diekori ketika menuju ke lif bangunan berkenaan sebelum tidak sedarkan diri apabila menoleh ke belakang.
“Mangsa sedar dua jam selepas itu dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta memegang bekas alat tulis miliknya itu di dalam lif berkenaan, seorang diri. “Bagaimanapun, mangsa yang masih kebingungan terus balik ke bilik penginapannya di bangunan sama sebelum berasa sakit di kemaluannya ketika membuang air,” katanya.
Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, keesokan harinya selepas mengesyaki dirogol sepanjang masa dia tidak sedarkan diri itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol. – paapaada.blogspot
Read More..

Jawatankusa sambutan Kemerdekaan Selangor akan beri penjelasan pada mesyuarat exco


September 04, 2012
SHAH ALAM, 4 Sept — Jawatankuasa Sambutan Kemerdekaan Selangor akan memberikan penjelasan berhubung isu tidak menjemput Sultan Selangor pada program ambang merdeka mereka kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada mesyuarat esok.

Khalid (foto fail), yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, ketika berkata kepada pemberita hari ini beliau percaya jawatankuasa berkenaan mempunyai pendirian mereka berhubung perkara itu, dan beliau akan mendapatkan penjelasan daripada mereka esok.

“Saya percaya jawatankuasa sambutan yang diketuai SUK (Ketua Setiausaha Negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi) mempunyai jawapan tentang perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri, anjuran Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) di sini.
“Saya perlu beri mereka peluang jelaskan apa yang berlaku dan apa yang patut dilakukan.

“Kalau perlu beri penjelasan, kita akan beri penjelasan,” katanya dan menambah program kerajaan negeri dan melibatkan pihak istana kebiasaannya tidak dilaksanakan secara mengejut sebaliknya dimaklumkan sehingga dua bulan lebih awal.
“Program melibatkan sultan dan program negeri biasanya dibuat lebih awal ... bukan ‘ad-hoc’.
“Ada (persiapan) program dibuat sehingga dua bulan lebih awal,” katanya lagi.
Tambahnya, segala persiapan untuk program-program seperti itu juga dibuat secara teratur oleh wakil jawatankuasa protokol program.

“Ada pegawai protokol yang akan mengingatkan kita bagaimana program itu dilakukan,” tambahnya lagi.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini melalui Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, telah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang tidak menjemput baginda menghadiri program sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam, sebaliknya menjemput Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selangor bagaimanapun menafikan mereka sengaja membelakangi sultan kerana tidak menjemput baginda dalam majlis sambutan ambang Kemerdekaan ke-55 di Dataran Shah Alam pada malam Khamis lalu.
Sebaliknya, kerajaan negeri itu menjelaskan adalah sudah menjadi tradisi dan amalan negeri berkenaan tidak menjemput Sultan Sharafuddin untuk menghadiri majlis sambutan ambang Kemerdekaan negeri.
Menurut Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor, amalan berkenaan bukan baru dilaksanakan ketika pemerintahan PR, tetapi turut dipraktikkan sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional di negeri terkaya itu sebelum tewas dalam pilihan raya umum 2008 kepada PR.

“Memang menjadi tradisi sejak empat tahun lepas Tuanku Sultan tidak dijemput dan hadir untuk program sambutan ambang Kemerdekaan,” kata Faekah ketika dihubungi The Malaysian Insider baru-baru ini.
“Baginda hanya dijemput berangkat ke majlis Yasin dan Tahlil di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

“Tapi sekiranya pada tahun ini baginda berniat untuk mencemar duli turun ke sambutan ambang merdeka, Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani perlu memaklumkan kepada kami, tapi tiada sebarang makluman berkenaan perkara itu daripada beliau,” jelas Faekah lagi.
Malah, beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan Munir di media yang menunjukkan seolah-olah kerajaan PR Selangor cuba membelakangkan sultan.

Munir berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.
“Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat,” kata Munir. “Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.

“Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan,” katanya dan menambah, “tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik”.
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga turut menegaskan, tindakan kerajaan PR Selangor itu bukanlah satu tindakan yang mengejutkan.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri itu juga lebih menghormati Anwar yang tidak mempunyai “locus standi” berbanding Sultan Selangor.
“Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita,” tegas Pengerusi Barisan Nasional itu. “Mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi.” The Malaysian Insider
Read More..

Terlilit Hutang Kartu Kredit Ini Tipsnya

Credit Card

Mempunyai hutang piutang merupakan mimpi buruk semua orang, terlebih jika Anda mempunyai penghasilan yang tidak tetap dan terbelit hutang kartu kredit.
 
Masalah akan muncul jika hutang Anda sudah menumpuk dan Anda tidak punya pemasukan sehingga menunggak dan tidak bisa membayarnya.

Agar Anda tidak terjerat dari godaan kartu kredit dan hutang yang terus menghantui Anda, maka ada baiknya Anda mengatur keuangan Anda sebaik-baiknya.
Debt Free

Nah, kami akan membagikan tips-tips yang akan membantu Anda agar tidak terjerat hutang kartu kredit.

1. Tentukan kebutuhan pokok

Sebagai perempuan, pandai mengatur kebutuhan keluarga adalah sebuah kewajiban. Anda perlu menentukan mana kebutuhan yang tergolong kebutuhan primer, sekunder dan tersier. Jangan habiskan uang Anda dengan hanya membeli barang-barang yang tidak Anda butuhkan. Kebiasaan kurang baik ini pada ujungnya bisa saja menjadi boomerang dan tanggungan tambahan untuk hidup Anda sendiri.

2. Sadari pendapatan Anda

Anda harus menyadari besarnya pendapatan Anda. Hitunglah kebutuhan pokok Anda terlebih dahulu untuk setiap bulannya, jika sisa Anda boleh membelanjakannya untuk bersenang-senang sesuka hati.

Namun, Anda akan lebih bijak lagi jika sisa uang tersebut ditabung daripada dihabiskan untuk membayar tagihan kartu kredit anda. Menabung pada awal bulan ketika Anda menerima gaji lebih baik daripada di akhir bulan.

3. Stop shopping

Hentikan keboasaan berbelanja Anda yang gila-gilaan. Berbelanja boleh saja, namun jangan sampai lupa daratan dan asal menggesek. Pada akhirnya Anda harus mengingat betul jika Anda harus membayar kartu kredit Anda tepat waktu.

4. Berani mengambil keputusan

Berani menghabiskan uang tentu saja berani mengambil resiko untuk membayarnya. Jangan sampai jika tagihan kartu kredit menumpuk lantas Anda limpahkan tagihannya kepada orangtua atau suami. Anda harus mengambil keputusan yang tepat saat menggunakan kartu kredit Anda.

5. Tinggalkan kartu kredit dirumah

Opsi terakhir jika ada tetap tidak bisa puasa berbelanja, Anda siasati saja dengan meninggalkan kartu kredit Anda di rumah. Hal ini akan menjaga Anda untuk berhenti sejenak dalam kegiatan berbelanja gila anda.

Siapkah Anda mengatur keuangan sekarang ?
Read More..