Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Jumat, 14 Maret 2014
Scha Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan Dalam Rahim

Pelakon dan pengacara popular Scha Alyahya dilaporkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam rahimnya, awal September lalu.
Menurut Scha, doktor mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.
“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.
“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya memetik laporan Metro Ahad.
Selepas menjalani pembedahan itu, doktor menyarankan pelakon kelahiran Kedah ini untuk berehat selama sebulan namun disebabkan dia tidak betah duduk diam, Scha hanya bercuti selama dua minggu sebelum kembali bertugas seperti biasa.
Selepas diangkat menjadi duta produk elektronik Sen Heng, kini Scha dan suaminya, Awal Ashaari sekali lagi berganding menjadi pengacara, mengendalikan rancangan The Band yang akan disiarkan di Astro Prima tidak lama lagi.
Oleh: AUDREY LEE
Label:
buang,
dalam,
jalani,
ketumbuhan,
pembedahan,
rahim,
scha
Minggu, 09 Februari 2014
Anjing Dikahwinkan Dalam Satu Perkahwinan Meriah

SICHUAN– Sepasang anjing yang lumpuh yang terselamat dalam kejadian gempa bumi pada 2008, telah dikahwinkan dalam satu majlis perkahwinan besar-besaran bertemakan merah jambu.
Anjing berkenaan, Guai Guai dan Lan Lan dikahwinkan dalam satu majlis yang penuh dengan adat istiadat tradisional China.
Guai Guai dan Lan Lan merupakan anjing yang dikenali oleh penduduk di situ kerana binatang berkenaan sering digunakan dalam operasi menyelamat yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.
Anjing-anjing tersebut menjadi lumpuh selepas terperangkap dalam sebuah bangunan yang runtuh, manakala pemilik mereka terkorban dalam kejadian berkenaan.
Majlis perkahwinan itu juga dianjurkan oleh ketua kampung berkenaan.
Mereka memutuskan untuk mengatur perkahwinan itu sebagai simbol kepada harapan dan permulaan hidup yang baru.
Guai-Guai dan Lan Lan juga mendapat sijil perkahwinan.
Bagaimanapun penduduk di Sichuan mengecam hebat majlis tersebut kerana ia bukan sahaja memperolok-olokkan institusi perkahwinan malah satu pembaziran.
Apatah lagi ketika penduduknya di situ masih berdepan dengan trauma kerana gempa bumi dengan kekuatan 7.9 magnitud itu telah mengorbankan 87,150 nyawa dan menyebabkan lebih 4.8 juta penduduknya hilang tempat tinggal.
Rabu, 01 Januari 2014
Dinoda Dalam Keadaan Tidak Sedarkan Diri
Dinoda Dalam Keadaan Tidak Sedarkan Diri - Seorang wanita menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah pergi mengambil bekas alat tulis miliknya yang tertinggal di tempatnya berkursus di Bukit Kiara, Sabtu lalu.
Wanita terbabit dikatakan baru selesai mengadakan perbincangan dengan rakannya dan pulang ke bilik sebelum mendapati bekas alat tulisnya tertinggal lalu pergi mendapatkannya.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 22 tahun menyedari dirinya diekori ketika menuju ke lif bangunan berkenaan sebelum tidak sedarkan diri apabila menoleh ke belakang.
“Mangsa sedar dua jam selepas itu dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta memegang bekas alat tulis miliknya itu di dalam lif berkenaan, seorang diri. “Bagaimanapun, mangsa yang masih kebingungan terus balik ke bilik penginapannya di bangunan sama sebelum berasa sakit di kemaluannya ketika membuang air,” katanya.
Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, keesokan harinya selepas mengesyaki dirogol sepanjang masa dia tidak sedarkan diri itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol. – paapaada.blogspot
Sabtu, 28 Desember 2013
Hati hati Quran Diseleweng Dalam Aplikasi iPhone

Teknologi hari ini dapat membantu kita menjadi muslim yang lebih baik. Misalnya, kita masih boleh membaca dan mendengar al-Quran dengan hanya membuka aplikasi dalam telefon genggam.
Begitu pun, berhati-hatilah kerana sudah terdapat beberapa kes di mana al-Quran cuba dipesongkan oleh pihak tidak bertanggung jawab.
Laman myinfonewspaperss.blogspot.com mendedahkan, aplikasi yang dinamakan ‘The Holy Quran, Arabic Text and English Translation’ didapati telah menyeleweng apabila Surah Al Imran ayat 6 mengulang ’bil haq’ sebanyak tiga kali sedangkan, tiada perkataan berkenaan dalam Masyaf Uthmani.
Menurut keterangan pada aplikasi yang ditawarkan oleh iPhone App Store itu, ia diterjemahkan oleh ‘Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community’.
Justeru, marilah kita sama-sama berpesan agar pemilik android atau iPhone tidak tersilap langkah dengan memuat naik aplikasi yang dibawakan oleh komuniti Ahmadiyyah / Qadiani ini.
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Qur’an Surat Al-Hijr ayat 9)
GADIS PALING RAMPING DALAM DUNIA
![]() |
| Michele Koebke |

![]() |
| Sungguh seksi dan menggiurkan pinggang si Michele ni . . . |
![]() |
| Pinggang bak Biola |
![]() |
| Kemana beliau pergi sering menjadi perhatian ramai lelaki . . . |
LIHAT VIDEO . . .
Beliau berazam untuk mengekalkan memakai korset sekurang-kurangnya sehingga dia mencapai 38 sentimeter.
Sabtu, 21 Desember 2013
Selama Lima Hari Labah labah Bersarang di dalam Telinga Lee

Mengerikan! Seekor labah-labah hidup selama lima hari di dalam telinga seorang wanita dan sempat membangun sarangnya di sana.
Awalnya, Lee tidak menyedari, ada seekor labah-labah di dalam telinganya, hingga pada hari Rabu (8/8/2012), kelmarin, dia mengaku menderita rasa gatal yang luar biasa di dalam telingannya, dan memutuskan memeriksanya ke Rumah Sakit Pusat Changsha, Cina.
Staf perubatan rumah sakit yang kemudian melakukan prosedur medis kepadanya, menemukan seekor labah-labah kecil bermata empat dan berbulu tinggal di dalam saluran telinga Lee.
Di tengah kekhuawatiran bahawa laba-laba itu akan menggali lebih dalam ke dasar telinga Lee, mereka segera mengambil langkah untuk mengusirnya keluar, dengan menuangkan larutan garam ke saluran telinganya.
Sekejap kemudian terlihat labah-labah itu lari terbirit-birit meninggalkan sarangnya yang berada di dalam telinga Lee.
Walau demikian, proses itu terasa sangat menyakitkan bagi Lee, dilaporkan ia berteriak dan nyaris menangis ketika labah-labah itu merangkak keluar dari dalam telinganya.
sumber
osseram
Langganan:
Postingan (Atom)



