Kamis, 19 Desember 2013
Akta Hasutan cetuskan pertembungan dalaman Umno
| Malaysiakini Jul 8 2013 |
Janji perdana menteri untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 bakal menyebabkan pertembungan dalaman Umno, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Nurul Izzah (kanan) berkata, terdapat perbezaan pendapat antara menterinya, seperti Zahid Hamidi yang menyelar pihak yang mahu memansuhkan akta itu serta Seri Nazri Aziz dan Nancy Shukri yang mahu undang-undang lapuk digantikan.
"...presiden Umno wajib bersuara dan menyatakan pendirian muktamad mengenai janji memansuhkan Akta Hasutan," katanya yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai dalam kenyataannya hari ini.
"Sekiranya tidak, integriti serta kredibiliti kerajaan minoriti Datuk Seri Najib Razak akan terus dipersoal oleh rakyat apabila janji demi janji yang dibuat tidak pernah ditepati."

Related Posts : akta,
cetuskan,
dalaman,
hasutan,
pertembungan,
umno
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar